Tuesday, December 16, 2008

Tuesday, May 27, 2008

Saturday, May 17, 2008

Thursday, May 15, 2008

Tuesday, May 13, 2008

13 Mei Masih Comot

Makin sihat tapi masih comot

Monday, May 12, 2008

Kasih Sayang Ibu

Ibu.....engkaulah ratu hatiku....

12 Mei Main Terjun dan Panjat Tebing

Wah, sudah kuat otot-otot kaki dia.

Friday, May 9, 2008

9 Mei 2008 Makin Lincah Dalam Kecacatannya

Aku makin sihat sekarang, boleh gak mengejar walaupun tak berapa lurus. Yang penting aku dapat bergerak lebih laju mengejar sasaran. Harap2 aku dapat nanti menangkap makanan seperti cicak atau burung apatah lagi kalau haiwan yang ku kejar tu nanti lebih cacat daripada aku...

Thursday, May 8, 2008

Selamat Hari Ibu


Aku cacat dan ibuku tahu aku cacat. Dia juga aku pasti tahu hidupku sudah pasti bergantung kepada insan lain untuk sesuap friskies sepanjang hayat. Namun dia tidak mengabaikan ku. Aku disusui dan dibelai dengan lidahnya. Aku juga sayangkan dia. Tak dapat ku gambarkan bagaimana jika ibuku lebih dahulu menyambut seruan ilahi daripada ku. Ke mana harus ku cari gantinya? Kasih sayangku kepada ibu hanya dapat ku ucapkan dengan mengiau dengan maksud: 'SELAMAT HARI IBU'

Wednesday, May 7, 2008

Tunjukcara Berjalan

Cuba Bermain

Dengan menggunakan dua tangannya, dia bermain dengan tuannya sambil diberi tunjukajar oleh ibunya

Kucing Cacat Sedang Menunjukkan Kecacatannya

Dengan bersungguh-sungguh dia membongkokkan badannya untuk membolehkan gambar kecederaannya dirakamkan oleh jurukamera

Tuesday, May 6, 2008

Kucing Istimewa 06 Mei 2008 petang


Lihatlah wajahnya yang minta ihsan













Ini pula video dia cuba berlatih bermain untuk kecekapan tangan. Maklumlah kaki tak boleh cekap langsung



Monday, May 5, 2008

Anak kucing pada 6 Mei 2008


Dah pandai menggunakan kaki belakangnya untuk bergerak ke bawah kereta untuk membasahkan tekaknya dengan meminum air yang menitik daripada compressor air con

Comot muka dia. Maklumlah bila tangannya mengelap muka, dia tersembam ke tanah.

Sila hulurkan derma kepada saya untuk membeli makanannya yang semakin meningkat harga akibat tekanan inflasi

Ini gambar kucing


Ini kucing cacat. Kedua kaki belakangnya tidak berfungsi, mungkin dilenggek kereta

Saturday, May 3, 2008

Apabila rumah terlupa kunci

Balik dari jalan-jalan ternampak daun pintu rumah jiran yang paginya menghantar sms nak ke Kedah, terbuka. Setelah diperiksa, didapati hanya daun pintu sahaja terbuka walaupun punatnya dah ditekan. Jeriji masih berkunci. Jelas bahawa orang yang menutup pintu telah tidak menarik daun pintu itu dengan kuat.

Setelah ditelefon tuan rumah menyatakan kemungkinan anak dara beliau yang menutup pintu. Setelah menutup pintu itu dengan kemas, terlintas di fikiranku, jangan-jangan ada kucing yang telah masuk ke rumah jiranku ini. Maklumlah di kawasan kejiranan kami banyak kucing yang berkeliaran kekurangan makanan kerana kafeteria yang tutup semasa cuti semester.

Besok petangnya anakku yang berada di rumah menelefon mengatakan kedengaran kucing yang mengiau dengan begitu kuat di rumah jiranku itu. Benarlah telahanku. Macam mana nak buat? Kunci tak ada. Oh ya..kena umpillah tingkap atau pintu rumah jiranku ini. Aku meminta sesorang mengusahakannya. Beliau menghubungi pekerja pembinaan yang sedang menjalankan kerja dalam kawasan itu untuk tolong usahakan.

Dengan bersenjatakan sebilah pemutar skru, dalam masa tak sampai lima minit pintu berjaya dibuka dan kucing ekor panjang melompat keluar.

Jiranku takut kucing itu berak sana sini tapi aku berlawak mengatakan kucing memang suka mencakar perabot jati

Pengajarannya: jangan lupa tutup pintu apabila keluar rumah.